Monday, 8 August 2011

Malaysia + Korea Selatan

Asslamualaikum uoollss.......
Hahahaha........ Saya sangat sibuk semenjak mula masuk sekolah balik nih....
Nak kena study balik..... Tanya kawan2 bab2 yang terlepas....
Masa untuk kerja rumah lagi..... konklusinya, saya sangat sibuk.....
Tapi, mungkin bermula dari minggu nih, kurang la sikit sibuk kot....
Saya dah cover balik mana2 yang terlepas.... Alhamdulillah....

Aktiviti di sekolah hari ini sangat menarik okeh.....
Teka apa?????
Tak boleh nak teka la tuh..... meh sini nak gitau.....
PERTUKARAN PELAJAR KOREA SELATAN....
Wohoooo....... Dari tahun 2009 saya tunggu tuh.......
Akhirnya boleh jugak berinteraksi dengan diorang nih....

Tahun 2009 - tak boleh datang sebab H1N1
Tahun 2010 - tak boleh datang sebab puasa
Tahun 2011 - datang jugak walaupun bulan puasa.. amik kau....

Mula-mulanya saya hanya terlibat untuk pendaftaran....
Kemudian saya terlibat sekali dengan aktiviti bersama pelajar2 SINDO HIGH SCHOOL
Urrmmm....... agak susah nak komunikasi dengan diorang....
Sesetengah dari diorang memang susah nak cakap english....
Nasib baik kumpulan saya ramai jugak yang boleh paham English.....

Tapi, semasa berkomunikasi dengan diorang masih kena guna isyarat...
Biasalah..... loghat lain2, so kena guna isyarat juga + diorang tak faham kalau cakap cepat2...
Nak story sikit....
Dalam kumpulan saya, ada sorang awek Korea nih asyik tengok cermin saja....
Saya ingat dia nak tengok muka dia yang comel tuh....
Rupanya-rupanya dia berkomunikasi dengan boyfriend dia kat belakang tuh.....
Amboi..... Sempat lagi kau ek....
Saya bagitau dia, cikgu asyik tengok dia saja sebab dia asyik tengok cermin....
Cikgu siap tegur dia dalam bahasa melayu.....
Tapi dia tak paham..... bila saya bagitau dia, dia bagitau saya dia sembang dengan kawan dia....
Saya tanya, boyfriend you ke???? Betul rupanya....
Nasib baik boyfriend dia, kalau tak dah mintak no. dah (comel betul BF dia)

Masa pendaftaran pulak, diorang beratur untuk tulis nama....
Nasib baik beratur, kalau tak berserabut la saya... (tu pun cikgu dia suruh)
Kemudian ada lelaki tu cakap kat cikgu saya....
Cikgu saya ingat dia mintak pen...
Rupa-rupanya dia kata "Nice bag"
Mau taknya cikgu tak paham... dia puji tapi reaksi muka selamber je...
Macam tak ikhlas je nak puji pon....
Apa-apa pun.... senang jugak nak komunikasi dengan diorang sebab cakap seketul-seketul....
Tak la tergeliat lidah saya nak cakap english.....
Kalau nak susah pun nak kena buat isyarat sikit masa bercakap....

Pengalaman yang sangat best untuk hari ini...
Esok masih ada lagi aktiviti, tapi aktiviti bersama pelajar seni....
Saya mungkin tidak terlibat.....
Malang sungguh.... sudahla terlupa nak bawa camera hari ini....
Sayang betul.... Saya nak bagitau....
ENGLISH EDUCATION memang penting tak kira suka ke tak....



Gambar2 di atas adalah pertukaran pelajar Korea Selatan
tahun 2008 di SMK Taman Widuri (yang hari ni punya tak ada lagi)

p/s: Park Song Su pelajar SINDO HIGH SCHOOL ada iras2 Eli U-Kiss la.... hehe...