Sunday 10 July 2011

Contest - Saya Seorang Muslimah



Assalamualaikum

Tokoh muslimat yang saya kagumi:
1. KHADIJAH BT. KHUWAILID
2. SUMAIYAH




Tujuan saya menyertai contest ini adalah:
Yang pertama kerana saya adalah seorang muslimah dan saya rasa terpanggil untuk menyertai contest ini kerana contest ini special untuk kaum wanita muslim sahaja.
Yang kedua, saya menyertai contest ini kerana pada saya, usaha saudara AMAN ini patut diberi galakan terutamanya kerana ia merupakan sebuah contest berunsurkan keagamaan.
Selain itu, tujuan saya menyertai contest ini adalah kerana contest ini secara tidak langsung memberikan kesedaran kepada saya dan kaum muslimat yang lain tentang tanggungjawab sebagai seorang muslimah melalui tokoh muslimat yang dikagumi seterusnya memperbaiki diri saya supaya menjadi seorang muslimah yang lebih baik


Kepada kawan-kawan yang nak join kontest ni senang saja

Syarat-syaratnya yang cukup mudah :-

1) Create a new post/entri yang bertajuk ''Contest-Saya Seorang Muslimah''

2) Dalam post/entri tu,mesti ...
2.1-bermula dengan 'Bismillahirrahmanirrahim' dan 'Assalamualaikum'
2.2-sebutkan sahaja 2 tokoh muslimat yang anda kagumi
cth : Ustazah Bahyah & Datin Rosmah.
Asiah(isteri firaun) & Siti Khadijah.
Ustazah Mayitah & Prof Muhayya.
*satu dunia boleh,telah meninggal boleh,zaman bila-bila pun boleh*
*tidak perlu tulis tentang tokoh tersebut*
2.3-masukkan gambar contest seperti yang di atas.
**2.4-ceritakan kenapa anda ingin menyertai contest ini.
minimum 50 patah perkataan dan maksimum 1000 patah perkataan.**
2.5-masukkan maklumat (syarat-syarat dan hadiah) contest nih.
2.6-masukkan link contest nih.

2) Follow blog ana *bagi orang yang belum follow lagi*.

3) Tinggalkan link blog korang tentang contest nih di ruang komen di bawah ini ye.

----hadiah----

1st- Blog Header,Bloglist(4 bulan),Sehelai Telekung(khas dari Bandung,Indonesia),Ana follow blog anda.
2nd- Blog Header,Bloglist(3 bulan),Ana follow blog anda.
3rd- Bloglist(2 bulan),Ana follow blog anda.

Contest berlangsung dari 9 Rejab 1432H(11 Jun 2011) sehingga 19 Ramadhan 1432H(19 Ogos 2011).
**Pemenang dikira berdasarkan alasan yang menarik dan bersesuaian dengan tajuk contest.
Keputusan akan diumumkan beberapa hari selepas contest tamat.
(^_^)


Untuk maklumat lanjut, korang boley klik sini untuk maklumat lanjut dan menyertai contest ini. Muslimat sahaja tau.....
Selamat mencuba
Assalamualaikum....... Sekian

2 comments:

aman jamaluddin said...

tahniah!penyertaan anda diterima..

Saidatul Nazirah Awatif said...

Alhamdulillah..... terima kasih..