Sunday, 24 April 2011

Crazy Friday......

Assalamualaikum......
Haha…… Rasa macam lama ja tak update blog nih……
padahal baru dua hari……..
Jumaat, saya busy berjalan-jalan berjumpa kawan2 kawan lama……
best sangat-sangat…….. terubat rindu……
Kitaorang pergi jalan2, tengok wayang, main game, main bumped car, shopping sorang sehelai
baju, makan, dan yang paling penting main bowling…….
Saya yang dah lama giler tak main bowling nih merapu ja……
Asalnya nak main futsal, tapi tak jadi…….Naik main bowling sebenarnya tak la susah……..
Apa yang penting kita ada keinginan nak main…..
Bila kita nak main, mesti boleh masuk punya…..Kalau tak nak main pown, bola tu masuk jugak,
tapi masuk longkang la……
Post kali ni saya nak bercerita tentang cara2 main bowling……
(wah….. buat macam pro lak)


1. Anda kena pandang straight ke arah pin, Cuma t
angan saja yang hayunkan.
2. Pegang bola dengan betul. Pastikan lubang bola tidak terlalu ketat
3. Jika anda pengguna tangan kanan, pastikan anda berkedudukan tengah kanan
berpandukan poin-poin yang ada dekat lane bowling tu. Untuk yang kidal, ambik kedudukan
tengah kiri.
4. Fokus pada pin tersebut…… (jangan focus pada longkang)
5. Anda ambik sekurang-kurangya empat langkah dan teruskan balingan, jangan gelojoh
6. Kawal kelajuan…… Jangan terlalu laju atau terlalu perlahan
7. Pastikan badan tegak, muka pandang kehadapan menghala ke arah target
8. Sebelum melepaskan balingan, bengkokkan sedikit tangan, tangan yang memegang bola rapat dengan badan dan tangan lagi satu pegang bola untuk sokongan. Hati-hati semasa lepaskan balingan, sebab kita akan tidak sengaja membongkokkan badan selepas melepaskan badan. Pada kerendahan yang sesuai, lepaskan bola dalam keadaan relaks.
9. Kalu anda rasa bola anda strike, tunggu ja, kalau rasa nak masuk longkang, cepat2 lari kalau anda takut malu….. hehe…..


Selamat mempratikkan tips2 ni ketika main bowling


p/s: Semalm saya mimpi main bowling dengan Kim Hyun Joong.... Macam betul ja rasa.... Ha.... Jangan lupa.... Nak main bowling jangan lupa ajak saya….. hehe…….

No comments: